Walaupun banyak penafian, berita Ahli Parlimen berpaling tadah menyertai PR yang diketuai
'PM-in-waiting' DS Anwar Ibrahim tidak akan reda sehingga benar-benar berlaku. Jika yang melompat adalah ikhlas, tanpa tekanan, tanpa sogokan, untuk perjuangan, maka PR akan masih bersih suci.
Tetapi jika melompat kerana tawaran jawatan dan sogokan wang maka PR akan menerima sekutu-sekutu yang terpalit dengan imej mata duitan dan mudah dibeli dan kesucian PR ternoda. PR seolah macam Pak Haji membela pelacur. Bak kata Husain Lampoyang ' berniaga orang lebih untung dari berniaga unta.'
Jika lompat melompat ini melibatkan sogokan wang, bererti pemberi sogokan juga pengamal budaya yang sama. Dan wang modal untuk sogokan ni siapa nak ganti? Dari poket sendiri ? Banyaknya duit. Pendahuluan daripada kawan ? Kawan yang mana? Kalau pinjam daripada Soros, negara cagarannya.
Apapun, jika 'PM-in-dreaming' masih lalok lagi anggaplah lompat melompat ini akan berlaku dan kita kena bersedia dengan senario yang amat menarik.
1. DSAI tak dapat jadi PM sebelum September sebab tempoh pantang larang diadakan pilihan raya kecil tak habis sehingga 8 September 2008. Takcaya tanya Rashid kat SPR tu.
2. Oleh sebab bulan puasa dan raya dimana kempen yang ada kutuk megutuk ditegah, (kecuali jika Nik Aziz dan Haji Hadi memfatwakan o.k) DSAI hanya ada harapan selepas Oktober.
3. Jika tak ada AP dpd PKR yang memberi laluan untuk by-election pada DSAI, beliau kena tunggu AP UMNO beri laluan, samada dengan sogokan wang atau tunggu siapa yang mati.
Kalau yang mati dpd MCA atau MIC, DSAI juga melepas sebab calon DAP akan bertanding.
Biasalah sebab politik kita masih lagi berasas kaum.
4. Kalau bertanding dekat kawasan ramai Melayu, Jawa dan Bugis peluang DSAI adalah tipis.
Kalau di kawasan ramai India ada harapan. Permatang Pauh atau Klana Jaya paling selamat.
5. Sementara menunggu DSAI, isteri dia jadi PM sekejap, kalau yang melompat tadi dah jadi 40 + 82 AP PR sedia ada. (Majoriti mudah 112 shj) Itu pun kalau Nik Aziz dan Hj Hadi boleh terima arahan dpd wanita sebagai khalifah.
6. Yang melompat tadi pun tak senang jugak sebab, manalah tau, disebabkan terlalu takbur, DSAI kalah by-election. Itu pasal dia kena cari tempat selamat.
7. Bila dah jadi PM, DSAI kena lantik 5 jawatan Timbalan PM : Hj Hadi untuk jaga umat Islam, Lim Kit Siang untuk jaga kaum Cina, Gobalakrishnan untuk jaga kaumIndia, (seperti cara pembahagian harta di Pulau Pinaang) DatukAnifah untuk Sabah, dan seorang wakil dpd Sarawak untuk Saerawak (sebagai upah melompat parti).
8. Karpal Singh dilantik speaker Dewan Rakyat.
9. Sebagai PM, DSAI kena turut arahan DAP dan parti-parti bukan Islam sebab bilangan
mereka 67 (DAP 28 + PKR 12 + Parti-parti Sabah 12 + parti-parti Sarawak 16) berbanding
bilangan AP Islam hanya 55 (PAS 23 + PKR 19 + Datuk Anipah + kawan UMNO 12 )
Jurang bertambah besar sekiranya ada AP Gerakan, MIC atau MCA melompat juga kerana gara-gara 'PM-in-dreaming.
10. Sebab bukan Islam lebih ramai Karpal akan paksa Nik Aziz umum Malaysia bukan negara Islam
11. Semua jawatan penting di khas untuk DAP dan bukan Islam, macam di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Menteri Kewangan dan segala jawatan berkait ekonomi pergi pada DAP.
(Macam sebelum tahun 1970an dimana Bendahari persatuan dan hal-hal beniaga diberi pada Cina sebab Melayu tak pandaikira-kira dan beniaga. Lagipun Melayu tak boleh tengok duit, nanti rasuah dan songlap. Cina takpe sebab dia orang bukan hantu duit)
12. PAS diberi jawatan Menteri Agama Islam dan Menteri Sumber Asli (hasil balak je).
13. PKR dapat jawatan PM, cukuplah. Itu yang diidamkan. Hanya Azmin Ali saja dapat jawatan, sebagai Menteri Perhubungan Awam (Kementerian baru)
14. Sabah dan Sarawak ? Dah lupa semula.
15. Setiap hari akan diadakan demonstrasi jalanan sebab ini perjuangan PR yang dipelopori oleh DSAI sejak zaman penuntut lagi. Bagaimanapun yang ada dijalanan ini hanya pengikut-pengikut Melayu dan India sahaja. Pengikut Cina seperti TianChua tak main dijalanan sebab dah jadi Menteri Dalam Negeri. Selama ni memang kaum Cina kurang demo di jalanan tetapi lebih di coffee house.
Banyak lagi senario yang menarik yang akan meyusul kemudian.
Thursday, May 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sdr Bung Karno,
Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas komen yang diberikan. Sungguh menarik sekali.
Walaubagaimanapun, kita perlu melihat bahawa politik juga merupakan salah satu wadah yang terbaik dalam mengaplikasikan impian sesuatu kelompok manusia.
Memang tidak dinafikan bahawa kemungkinan untuk bangsa bukan bumiputera lebih selesa itu ada, namun tidak mustahil juga jika suatu masa nanti hasrat DSAI dan PAS untuk merialisasikan Fasal 5 perlembagaan parti tersebut akan tercapai jua suatu hari nanti sepertimana parti AKP di Turki....
Di Terengganu dulu ketikamana PAS berjaya menubuhkan kerajaan di sana, DS Haji Hadi telah memperkenalkan rang undang-undang Hudud & Qisas dan telah diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri. Namun,walaupun Haji Hadi agak tergesa-gesa nak perkenalkan Negara Islam pd ketika itu, rakyat Terengganu tetap menolaknya sepertimana yang terjadi dlm pilihanraya umum 2004.
Jd,kepada kerajaan2 negeri yg dipimpin oleh PAS skrg adalah lebih baik memberikan fokus kpd menjaga kebajikan rakyat dan menangguhkan dahulu perlaksanaan Fasal 5 tersebut.Tangguh bukan bermakna tolak. PAS & PKR baru je menang lebih kurang 2 bulan berbanding UMNO dah 50 tahun diberikan peluang untuk memerintah negara ini,namun perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini tetap tidak dijalankan kecuali dalam urusan nikah dan cerai sahaja. Sbb tu masalah murtad berlaku di sana sini dan terbaru kes Siti Fatimah Tan Abdullah...
YB Hassan Adli, TYDP PAS pada 1962 Haji Hadi sendiri pernah usulkan di Parlimen supaya jawatan PM di negara ini diwajibkan untuk hanya diberikan kepada orang Melayu-Islam tetapi ditolak oleh UMNO-BN...skrg nak bangkitkan isu perkauman pula kononnya org cina dan India akan memerintah Negara ini sbb mereka dah mula tak sokong UMNO...
Berkenaan isu perpaduan Melayu pula, mengapa sekarang baru nak dibangkitkan? Adakah org Melayu akn 'diiktiraf' berpecah hanya jika UMNO tewas dlm pilihanraya?
Dulu, duk tahan Mat Sabu, Mahfuz dan Nik Adli (anak Nik Aziz) dlm ISA...sekarang, bila sudah terdesak baru terkapai-kapai minta bantuan dan bersatu semula...What the hell???!!!
Sama-samalah kita berfikir dengan waras dan berlandaskan fakta sejarah yang sebenar demi Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta...
Nampaknya dalam kemelut politik sekarang, orang melayu merupakan the biggest loser....
Rasa-rasanya kalau PR memerintah Malaysia, kita orang melayu kena belajar makan ubi kayula...
Saudara Shahir,
-Membaca komen anda membuatkan saya terpanggil untuk menambah komen yang saudara tambah di dalam blog Saudara Bung Karno;
"Jd,kepada kerajaan2 negeri yg dipimpin oleh PAS skrg adalah lebih baik memberikan fokus kpd menjaga kebajikan rakyat dan menangguhkan dahulu perlaksanaan Fasal 5 tersebut.Tangguh bukan bermakna tolak"
Statement di atas di atas seolah olah menghalalkan apa sahaja perlakuan PAS: Jika musibah yang berlaku kepada PAS dianggap ujian, manakala apa yang berlaku kepada UMNO senantiasa dianggap bala.
Ingin saya jelaskan UMNO dan PAS adalah parti. Jangan terlalu taksub , sebagaimana taksubnya Mat Sabu mencerca dan menghentam DSAI .. dan kini nampaknya segala kata-kata tohmahan korupsi dan salah laku DSAI telah tiada lagi dan halal pula.
"Berkenaan isu perpaduan Melayu pula, mengapa sekarang baru nak dibangkitkan? Adakah org Melayu akn 'diiktiraf' berpecah hanya jika UMNO tewas dlm pilihanraya?"
Bagi pernyataan di atas pula, saya menganggap tewasnya UMNO adalah bermakna pecahnya Melayu. Ini kerana kini sudah tiada lagi parti dominan Melayu ( Melayu bermaksud mereka yang mengamalkan adat resam Melayu & beragama Islam).
Saya tidak terkilan sekiranya teraju utama Pakatan Rakyat adalah PAS (yang dominasi utama adalah Melayu dan Islam). Bagaimanapun kini PR terdiri daripada DAP serta PKR yang berbilang bangsa dan PAS yang kecil pula bilangannya.
Bagaimanapun kerisauan saya yang utama adalah apabila PAS berhasrat untuk menjadi parti dominan kepada PR, dengan segera DAP & PKR bersuara .. tidak akan ada parti dominan di dalam Pakatan Rakyat.
Adakah tiada parti dominan di dalam Pakatan Rakyat bermaksud tiada kaum dominan di dalamnya iaitu Melayu ??
Sama-sama kita renungkan
Salam Wak........
komen kau ni penuh dendam dan ketidakpuasan dalam era UMNO yang makin hancur ni,
Kemana kau semasa UMNO Juara memerintah selama 50 tahun yang menjadikan Melayu cam kau ( atau Jawa ) kelas no 3 dalam kemiskinan, jadi ayam daging harap subsidi dan No 1 dalam gejala sosial. kaulah bangsa MELAYU MUDAH LUPA. TAHniah PAda WaK,
duduk tenang Fikir dalam-dalam dan risional.bebas politik fikir sebagai Islam.
" Kita lahir islam, kawin dlam islam, sembahyang cara Islam, zakat islam, segala-gala Islam tapi masih berpilih-pilih antara sekular dan Islam bila berpolitik "
TAHNIAH
Post a Comment