Wednesday, October 22, 2008

Politik

Gertak Gerakan dan MCA.


Kita mengharap pada ketenangan sedikit setelah dua parti komponen BN, Gerakan dan MCA, selesai mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan kepimpinan parti masing-masing.


Sebelum dan semasa persidangan kedua-dua parti ini telah menunjukkan kelantangan dengan mengungkit, mengata dan mendesak perkara yang dahulunya tak pernah disuarakan. Ada cadangan supaya BN lebih multi-racial, mintak jawatan timbalan pengerusi BN, kata Melayu juga kaum pendatang, tuduh UMNO pembuli, kata kekalahan PU12 kerana UMNO tamak dan terlalu dominan, dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun belum pun reda ribut yang dulu, masalah baru ditimbulkan. Terbaru Naib Presiden MCA mempertikai kuota 30% ekuiti Bumiputra dalam syarikat awam yang tersenarai.


MCA nak tunjuk lagak hero kepada kaum Cina dan berlumba denga DAP dan Gerakan untuk menjatuhkan Melayu dan UMNO.


Yang pastinya, Gerakan, MCA dan tidak kurang juga MIC dan PPP menuduh UMNO penyebab kekalahan BN. Mereka semua menyalahkan UMNO. Satu ketika dapat diraskan seolah-olah Gerakan dan MCA bermusuh dengan UMNO, bukan dengan DAP, PAS atau PKR. Sehingga hari ini Gerakan masih tidak mahu berkerjasama dengan UMNO Pulau Pinang ekoran kes Ahmad Ismail. UMNO tidak pula melakukan demikian walaupun Tan Lian Hoe melakukan kesalahan yang lebih ketara.


Malang, mereka tidak mengaku kesilapan sendiri. Mereka tidak mengaku bahawa yang kalah teruk adalah Gerakan, MCA, MIC dan PPP, bukan UMNO dan parti-parti lain dalam BN.

Mereka mengalih kekecewaan dan kesilapan mereka dengan menuduh dan menyalahkan UMNO, padahal ada dikalangan mereka yang menang kerusi parlimen dan DUN atas ehsan
UMNO.


Ketika berkuasa di Pulau Pinang, Gerakan leka dengan kuasa dan tindakan mereka tidak berprinsip perjuangan multi-racial. Kaum Cina bertambah makmur sementara orang Melayu dipinggirkan. Begitu juga dengan MCA yangmana penyokong-penyokong mereka menagguk laba hasil projek pembangunan kerajan negeri dan persekutuan, menyebabkan mereka selesa.


Mereka tidak bising tentang hak Melayu, multi-racial, rasuah, atau kos sara hidup yang semakin melambung. MCA adalah parti siasah untuk kepentingan perniagaan dan pelajaran dan selagi ekonomi bercambah, kantung mereka bertambah.


Kini mereka bersuara lantang kerana kehilangan peluang perniagaan dan kuasa di negeri-negeri berdaya maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang dahulunya diagih melalui pentadbiran BN.


Hujah Gerakan bahawa kekalahan BN adalah kerana rakyat kini memeluk multi-racialism dan menolak perjuangan parti berlandas kaum tidak tepat. Ahli-ahli Gerakan sendiri belum sedia menerima kaum Melayu untuk bersama memimpin Gerakan. Gerakan masih lagi sebuah parti yang dikuasai oleh kaum Cina dan berjuang untuk kepentingan mereka.Lebih 80% keahliannya masih kaum Cina dan selebihnya kaum India. Orang Melayu boleh dikira dengan jari.


MCA juga bersikap demikian, walaupun melaungkan cadangan supaya UMNO mengikut saranan Gerakan. Malah slogan perjuangan Ong Tee Kiat adalah '.... onward with the Chinese community...'


Sungguh aneh, Gerakan mencadangkan keahlian BN dibuka terus kepada semua individu tanpa mengira kaum sedangkan Gerakan sudah sedia ada landasan untuk berbuat demikian. Ini bukti bahawa Gerakan sendiri sudah hilang kepercayaan, arah dan pengaruh, bukan sahaja multi-racialism bahkan juga kepercayaan kaum Cina yang kini menyokong DAP. Sokongan kepada parti perkauman masih menebal.



Koh Tsu Koon dan Ong Ka Ting bersuara sedemikian kerana mengambil kesempatan ketidaktentuan kepimpinan UMNO dan BN. Sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut.


Riuh rendah yang sama akan berulang bila MIC juga bersidang. MIC dan PPP juga menyalahkan UMNO walhal mereka sendiri penyebab kaum India lari mencari Anwar Ibrahim. Kegagalan MIC meyemarakkan HINDRAF. Kepimpinan MIC gagal membimbing kaum sendiri.


Pada Mac 2009, giliran UMNO pula mencuri perhatian. Sudah pasti akan ada perwakilan UMNO yang mengambil kesempatan menepis segala tuduhan Gerakan dan MCA dan membalas dengan berbagai desakan dan cadangan. Walaupun apabila bersuara UMNO akan dituduh parti perkauman mereka mesti mengambil sikap pulang paku buah keras.