JIKA TIADA SIJIL 'HALAL'
SIAPA YANG MENENTUKAN HALAL? JAKIM ATAU UMMAH?
MIHAS atau nama penuhnya Malaysian International Halal Showcase akan di adakan 7 hingga 9 Mei 2008.
Setiapkali terpandang iklan MIHAS ini teringat saya kepada rancangan "My First Million Dollars" di TV 7 pada jam 6 ptg Sabtu 19 April 2008.
Ia menceritakan kejayaan seorang pengusaha makanan keturunan Cina bernama Mr Ding meningkatkan pengeluaran dan jualan kueh pau yang diusahakan bermula awal 80an. Pada hari ini jumlah pengeluaran pau yang diusahakannya di sebuah kilang di Hulu Langat mencecah 50,000 biji kueh pau sehari.
Sejak awal perusahaannya lagi Mr Ding telah cuba menggalakkan orang Melayu menggemari makanan tradisi Cina ini. Setelah berfikir berbagai cara akhirnya Me Ding membuat keputusan MENGGUNAKAN NAMA ISLAM untuk menarik minat orang Melayu Islam membeli dan makan kueh pau keluaran syarikatnya.
Itu pada tahun 1985 pada ketika pengesahan sijil halal JAKIM belum dikomersialkan. Ertinya dengan hanya menggunakan nama Islam sahaja, pengeluar makanan bukan Islam seperti Mr Ding berjaya membuka selera orang Melayu Islam memakan produk keluarannya. Produk keluarannya hingga kini masih mengekalkan jenama PAU AHMAD. Mr Ding bertambah selesa apabila ujud keadaan pengesahan halal untuk produknya boleh didapati dengan mendapatkan sijil daripada JAKIM.
Mr Ding pernah menghadapi tuduhan dimana kueh pau keluarannya dianggap mengandungi bahan-bahan pelemak babi tetapi ini tidak dapat dibuktikan apabila pihak JAKIM datang membuat pemeriksaan dikilangnya.
Seterusnya Mr Ding menceritakan bagaimana rancangan memperluaskan perusahaanya ke dunia Islam dengan menggunakan kaedah yang sama dalam melabel produk halal keluaran syarikatnya. Peluang juga terbuka luas dengan adanya usaha gigih kerajaan Malaysia hari ini untuk menjadikan negara sebagai hab produk halal dunia Islam dan membantu pengusaha produk halal mengembangkan perniagaan.
Diakhir rancangan tersebut Mr Ding menegaskan bahawa 90% daripada pengilang dan pengeluar produk halal di Malaysia dimonopoli oleh pengusaha Cina.
Apa yang menarik?
1. Mudahnya masyarakat Melayu Islam menerima produk yang hanya MENGGUNAKAN nama Islam.
2. Sejak dulu lagi pengedar PAU AHMAD tidak menghebahkan siapa pembuat pau tersebut. Juga tidak dihebohkan bahawa di kedai-kedai makan Cina pau tersebut juga dijual tetapi tidak dipasang jenama PAU AHMAD. Tidak juga diketahui sekiranya pau berinti babi dibuat ditempat yang sama atau inti ayam dan daging dihasilkan daripada sembelihan cara Islam.
3. Pengesahan halal oleh JAKIM membolehkan orang bukan Islam menguasai industri makanan halal dengan sokongan kewangan dan jaringan pasaran. Pengusaha Melayu Islam tidak berupaya menandingi mereka dan produk mereka mudah diketepikan kerana pegawai pembeli di pasaranya juga dikuasai oleh bukan Melayu.
Pada pertengahan tahun 80an ada usaha peniaga-peniaga Melayu Islam untuk membuat dan memasarkan produk makanan dan untuk seketika majoriti orang Melayu Islam dapat pilihan membeli bahan makanan keluaran orang Islam dan tidak membeli makanan buatana orang bukan Islam kerana perasaan was-was.
Sebaliknya setelah ujud skim sijil HALAL oleh Jakim pengusaha-pengusaha bukan Islam mudah kembali menguasai pasaran dan pengusaha Melayu Islam kembali terhipit oleh masalah persaingan yang tak seimbang.
4. Oleh kerana pegeluaran sijil HALAL dikomersialkan, senario ini terdedah kepada gejala penipuan sijil, birokrasi dan rasuah. Kesahihan juga diragui untuk produk HALAL yang dibuat di negara Cina dan dibawa masuk ke negara ini, seperti ubat gigi jenama terkenal.
5. Kempen hab halal Malaysia memberi peluang dan keuntungan besar kepada pengusaha bukan Melayu yang menguasai 90% pasaran. Khususnya tindakan mengeluarkan sijil halal ini sebenarnya meyokong memperkayakan golongan mewah dan kuat.
Pensijilan produk halal ini sepatutnya bukan sahaja untuk kepastian HALAL tetapi juga mesti tidak megecilkan peluang peniaga dan pengilang Melayu Islam, bukan sebaliknya. Cadangan dan pemikiran YBhg Mufti Perlis, Tuan Hj Mohd Asri dalam hal ini sepatutnya diberi keutamaan.
Sunday, April 20, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)