Tuesday, May 20, 2008

Komen Tun Musa Hitam berhubung keputusan Tun Dr Mahathir
keluar dari UMNO sangat menarik untuk diulas.

1. Tun MH berkata 'Duri dalam daging sudah pun terkeluar'.
Sekiranya TDM adalah duri kecil yang sudah terkeluar, namun
masih ada paku besar ditapak kaki yang masih menyakitkan
UMNO. Paku ini berkarat dan kian hari membawa penyakit dan
menambah sakit UMNO.

2. Tun MH berkata lagi ..... minta pemimpin...'pertama, menerima
realiti UMNO sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya
oleh rakyat, terutamanya Melayu...'

Benar, UMNO kini dipimpin oleh geng Tun MH tidak kuat, tetapi
malangnya DS Abdullah Ahmad Badawi masih mendabik megah
sombong ...'kita masih kuat, kita menang banyak kerusi...'

Tun MH menyambung komen ..... 'kedua... balik kepada
konsep Bersih, Cekap, Amanah yang pada awal 1980an telah
diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata...'

Konsep itu memang telah lama ditinggalkan kerana ramai
pemimpin UMNO yang dah tak amanah, tetapi DS AAB
tak akan kembali kepada konsep itu sebab DS AAB kini
mengamalkan konsep CEMERLANG mengaut harta,
terpesona dan lena atas gilang-GEMILANG harta yg
terkumpul, dan yang tak TERBILANG banyaknya.

Mungkin TDM ada sebab-sebab peribadi mahu DS AAB
letak jawatan tetapi akar umbi UMNO juga tidak bersemangat
berketuakan DS AAB kerana Cemerlang, Gemilang, Terbilang
sebenarnya untuk diri dan keluarga. Keyakinan juga hilang
kerana DS AAB tidak berwibawa sebagai ketua pemerintah.

No comments: