Tajuk : Presiden UMNO
Menerusi ruangan ini saya berharap ahli-ahli UMNO diberi peluang
menjawab tegahan dan herdikan yang telah dibuat oleh Datuk Nazri
Abd Aziz berhubung hak ahli UMNO menegur Presiden UMNO yang
juga Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Rakyat Malaysia tidak memilih AAB sebagai PM secara terus, tetapi
melalui kedudukan sebagai wakil rakyat dan ketua parti terbesar.
Pengundi Kepala Batas yang memilih beliau itu pun dengan majoriti
ang menurun, menunjukkan populariti beliau menurun.
Semasa PU12, Barisan Nasional dan kerajaan yang diketuainya
kehilangan banyak kerusi parlimen dan BN juga hilang kuasa
memerintah di 4 negeri. AAB terus menjadi PM kerana kedudukannya
sebagai Presiden UMNO, iaitu parti terbesar di parlimen, yang juga
disokong oleh rakan-rakan dalam BN.
Sekiranya ahli UMNO akar umbi merasakan AAB tidak berkebolehan
dan kurang berkesan sebagai Presiden UMNO dan beliau perlu
digantikan, mereka berhak menyuarakannya. Itulah yang mereka buat
dan meminta pemimpin-pemimpin kanan UMNO menyampaikan
kepada AAB. Desakan itu datangnya daripada akar umbi.
Sesiapa sahaja boleh jadi PM Malaysia sekiranya menjadi Presiden
UMNO. Ketika ini itulah sahaja caranya. Datuk Nazri sendiri boleh
jadi PM sekiranya menjadi Presiden UMNO, dengan kehendak ahli
UMNO, walaupun rakyat mungkin tidak menyetujuinya.
Saturday, May 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mungkin perlu diadakan satu referendum kepada seluruh rakyat Malaysia samada majoriti mahukan Pak Lah terus memegang jawatan Perdana Menteri atau tidak.
sdr nadzri,
cadangan yang baik, tetapi tidak mungkin dilaksana kerana sistem pemilihan cara indirect menerusi parti yang dominan menghantar calon sebagai PM.
Begitu juga dengan hidden agenda dimana pembangkang mungkin memberi undi kepada paklah atas alasan ketua yang lemah mudah diolah.
Post a Comment