Monday, May 19, 2008

Pengunduran Tun Mahathir sebagai ahli UMNO bukan bertujuan untuk menubuhkan parti baru. Ia juga tidak bererti ramai yang akan meninggalkan UMNO.

Tun M berhenti jadi ahli UMNO kerana UMNO kini diketuai oleh seorang Presiden yang tidak dihormati oleh lawan dan kawan. Presiden UMNO hari ini tidak ada wawasan dan tidak ada agenda untuk menjadikan UMNO sebagai parti yang unggul seperti sebelum PU12. Presiden UMNO hari ini adalah seorang yang populist dan 'self-centered' dan mudah diumpan dan diremehkan oleh pembangkang dan lawan parti.

Lebih dari itu, Presiden UMNO hari ini tidak mengendahkan pandangan akar umbi dan gagal menyuntik semangat dan membina kekuatan ahli parti dan rakan-rakan komponen BN untuk menghadapi pembangkang yang semakin berani dan lantang. Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tidak ada ketegasan dalam menghadapi cabaran dan lambat, tidak konsisten dan 'ad-hoc' dalam membuat sesuatu keputusan.

Tun M berhenti kerana malu untuk menjadi ahli parti yang diketuai oleh pemimpin yang lemah dan tidak peka kehendak ahli dan rakan BN. Bagaimanapun beliau tidak akan menyertai parti politik lain kerana akan kembali ke UMNO setelah pertukaran penjawat Presiden.

Seperti biasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Parti akan memandang ringan
perkembangan ini. Begitu juga dengan para ahli Majlis Tertinggi, tentunya akan menyatakan sokongan tak terhingga kepada Presiden parti.

Memang kita berharap tidak ada pemimpin-pemimpin tertinggi seperti DS Najib, TS Muhyidin dan Tengku Razali Hamzah meninggalkan parti kerana mereka adalah harapan untuk membawa perubahan pucuk pimpinan dalam pemilihan Disember ini. Sekiranya tanpa mereka adakah kita mengharapkan DS Ali Rustam, Datuk Nazri Aziz atau TS Mohamad Taib menentang DS AAB sebagai Presiden?

Ketua-ketua Bahagian dan bakal-bakal perwakilan ke persidangan Disember ini juga harus terus
kekal dalam parti supaya dapat menetukan hak memilih Presiden. Tebalkan muka untuk terus berada dalam parti sehingga tempoh penetuan ini.

Sambil itu, biarlah Tun M mengkritik DS AAB sebagai pengkritik bebas, tetapi bukan untuk membantu pembangkang. Hanya kemungkinan Tun M menjadi penasihat kepada AP bebas, Datuk Ibrahim Ali, yang akan menubuhkan parti baru.

6 comments:

kuanderas said...

Saudara Bung Karno,
"Ketua-ketua Bahagian dan bakal-bakal perwakilan ke persidangan Disember ini juga harus terus
kekal dalam parti supaya dapat menetukan hak memilih Presiden. Tebalkan muka untuk terus berada dalam parti sehingga tempoh penetuan ini."

Apabila sampai kepada peranan ketua-ketua Bahagianlah yang merisaukan saya. Manakan tidak, sogokan mungkin membuatkan pencalonan tidak mencukupi.

Saya menghadiri sesi Turun Padang YM Tengku Razaleigh Hamzah.Dato Sukri mengakui kesukaran untuk mendapat pencalonan Bahagian-bahagian di Kelantan melainkan Gua Musang.

Self interest teramat tinggi sekali..

Bung Karno said...

Sdr kuanderas,

Ada banyak kemungkinan dan senario dalam pemilihan presiden UMNO bulan Disember nanti. Tambahan pula dalam UMNO ada kem-kem dan cita-cita politik yang melampaui kehendak ahli parti dan rakyat :

1. YM Tengku Razali Hamzah atau TS Muhyiddin akan tewas menentang Paklah sebagai Presiden kerana penyokong DS Najib membantu Paklah setelah Najib menerima surat akujanji mengganti Paklah, walau tanpa tempoh. Najib tidak mahu memberi laluan keran Rosmah telah pun berkemas-kemas nak pindah.

2. DS Najib boleh tewaskan Paklah walaupun Paklah dan Khairi mendapat sokongan daripada saki-baki penyokong DS Anwar. Tetapi DS Najib tidak akan menentang Paklah kerana sebab (1) dan sebab takde b...

3. Jika TRH dan TS Muhyiddin menentang Paklah dan DS Najib sebagai no. 1 dan no. 2. mereka boleh menang tetapi UMNO terbelah dua.

Bila tewas, Khairi & geng akan memberi sokongan kepada agenda DS Anwar. Bagi UMNO dan rakyat, team TRH yang menang akan membawa nafas dan udara baru. Mereka tak banyak baggage (DS Anwar dan bloggers kena buka almari lama) dan punya kebolehan menandingi kerenah politik DS Anwar, Lim Kit Siang dan Karpal. Team TRH juga lebih mudah diterima oleh rakan-rakan dalam BN dan rakyat sebagai PM dan TPM.

Dalam senario awal DS Anwar boleh jadi PM dengan dibantu oleh Khairi sebagai TPM sekiranya lompat melompat berlaku sebelum pemilihan UMNO bulan Disember.

Ahmad Shahir Abdul Aziz said...

Saudara,

Memang benar,tindakan Tun adalah bertujuan untuk mengukuhkan semula parti. Namun, beliau perlu menghormati pemimpin yang ada sekarang sepertimana beliau "memaksa" pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini untuk terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak terhingga kepada beliau ketika 22 tahun menerajui UMNO...

Beberapa persoalan perlu dijawab oleh beliau terlebih dahulu sebelum mengkritik orang lain...

Adakah pada zaman pemerintahan beliau ahli-ahli UMNO benar-benar bebas menyuarakan pandangan dan mengkritik pemimpin??? lihat sahajalah apa yang terjadi kepada DS Anwar Ibrahim... tak cukup dengan tu, kita juga perlu ingat apa yang berlaku kepada Tengku Razaleigh sehingga sanggup menubuhkan parti semangat melayu 46???

Tuanku Abdul Rahman & Tun Hussein pun keluar UMNO sebab Tun Mahathir... sebab tak puas hati dgn pimpinan Tun Mahathir...

Jadi, Tun pun kena lihat balik sejarah pentadbiran beliau...adakah benar-benar demokrasi??? adakah UMNO benar-benar bersatu???

So, Tun pun kenalah bagi peluang kepada Pak Lah sepertimana dulu dia minta org UMNO bagi ketaatan kpd beliau selepas berlakunya krisis dalaman UMNO ketika terputusnya hubungan beliau dengan Tengku Razaleigh dan Anwar pada satu masa dulu...

Apapun,harap2 TS Muhyiddin Yasin yg akan gantikan Pak Lah...tak pun D Shahrir Samad..."ABDSN" (Asalkan Bukan Dato' Seri Najib)

Ahmad Shahir Abdul Aziz said...

Just relax...jangan pening kepala..
Cuma kita kena ready sbb kerajaan persekutuan yg baru akan dibentuk tidak lama lagi...

kulatlapok said...

Sepatutnya sebagai Mantan beliau bertindak sebagai penasihat parti sentiasa memastikan perti yang didominasi oleh orang melayu ini terus relevan.

sikit-sikit tegur tu kira oklah jugak tapi sampai ugut-ugut yang akhirnya merugikan bangsa Melayu sendiri.

TDM perlu lihat contoh LeeKuanYuew yang pastikan parti PAPnya tetap memrintah Kota Singa itu.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Bung Karno said...

Sdr kulatlapok,

PM Singapura kini adalah anak Lee Kuan Yew dan wawasan LKY dijaga rapi oleh anaknya.

Tun M mungkin ada sebab peribadi atau/dan percaturan UMNO yang tidak dapat kita selami. Bagaimanpun, jika tidak disabit dengan hal-hal pengkayaan keluarga,kronisma dan korupsi sekalipun, rakyat nampak kelemahan 'krisis management', 'decision making', kepimpinan,
dan kelembapan yang ada pada DS AAB.

Sifatnya sebagai 'populist' menyebabkan beliau gemar mengambil tindakan yang hanya perlu dibalas dengan tepukan, pujian dan sanjungan tanpa sedar implikasinya.

Telah banyak teguran daripada pemimpin dan akar umbi tanpa ada kesa, mungkin itu sebabnya Tun M menjadi lantang.