RAKYAT MENDERITA
Melihat kepada keceriaan dan muka selamba (angkuh?)
Perdana Menteri DS Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan
kenaikan harga petrol, nampak seolah beliau seronok dengan kejayaan
memeranjatkan rakyat Malaysia dan bangga kerana rakyat berjaya
dipermainkan dengan berita bahawa kenaikan harga hanya pada Ogos,
seperti yang diwarwarkan oleh meneteri pengikut, Datuk Shahrir.
Jika diukur tahap kejayaan, Perdana Menteri memang berjaya
memeranjatkan rakyat dengan kenaikan harga petrol 40% dan
disel 68% yang mendadak dan berkuatkuasa serta merta.
Anehnya PM menggunakan ini sebagai satu
'PR and Image-building outing'
Perlakuan PM sama seperti tektik pembubaran parlimen yang
mulanya dinafi tetapi kemudian berlaku mengejut. Akhirnya BN
dikejutkan dengan kekalahan di peti undi.
Perlakuan PM kali ini lebih menunjukkan sikapnya yang tak bijak dan
menyusahkan rakyat. PM menganggap ini satu kemenangan kerana
berjaya menghindar kegiatan menyorok minyak dan memerangkap
rakyat dalam kelam kabut.
Apa salahnya rakyat diberi notis 24 jam untuk persediaan.
Mengapa mesti kenaikan begitu mendadak ? Tidak akan
bangkrap negara oleh kerana itu. PETRONAS juga akan terus menjual
minyak mentah pasaran dunia dengan harga US 130 setong dan
mempasti hasil negara tetap ada. Hanya satu hari, apa salahnya !!!!
Para penyorok minyak mungkin mengambil kesempatan, tetapi
berapalah kerugiannya jika dibanding kemudahan membeli minyak
berterusan oleh warga Singapura yang 10 kali lebih mewah. Tidak
cukupkah dengan pemberian Pulau Batu Putih, sehingga warga
Singapura perlu juga diberi minyak subsidi kita.
Rupanya larangan belian minyak kepada warga asing hanya untuk
mengurangkan kesesakan pada hari akhir pembelian minyak pada
harga lama. Rakyat asing ketawa gembira kerana dapat membeli
semula minyak subidi yang mulanya dikatakan tidak layak
dinikmati warga asing.
Warga Singapura ketawa gembira kerana dapat membeli
minyak pada kadar separuh daripada di Singapura, walhal mereka
lebih kaya daripada golongan kaya di negara ini. Mereka ketawa
gembira melihat gelagat pemimpin Malaysia yang masih ditakuk
lama dalam pemikiran dan membuat keputusan. Berdolak dalih,
tidak tegas.
Kenaikan 40% membebankan. Untuk perbelanjaan petrol berulang
alik ke tempat kerja yang dahulunya perlu RM 20.00 kini perlu
RM 28.00 Untuk setahun tambahan perbelanjaan petrol melebihi
RM 2,000.00
Bagi kenderaan disel, tambahan perbelanjaan lebih tinggi, sedangkan
cukai jalan tidak berubah.
Rebat tunai yang akan diterima tidak seberapa. Malahan mekanisma
ini hanya akan memberi peluang manipulasi oleh sindiket JPJ dengan
penjual kereta-kereta terpakai untuk mengaut perolehan daripada
kecelaruan birokrasi. Bukankah kereta-kereta tersebut juga akan
diambil kira dalam penerimaan rebat ini?
Paling menyedihkan ialah apabila kesan domino kenaikan ini akan
menambah kesangsaraan rakyat. Saranan untuk rakyat menukar
cara hidup adalah keterlaluan kerana rakyat sememangnya sedang
hidup dalam serba kekekurangan dan dihimpit kos sara hidup yang
tinggi. Nak tukar macamnana lagi, kecuali pemimpin yang kaya raya
dan golongan atasan yang sedia bertukar tempat.
Apa maknanya slogan SEJAHTERA, AMAN , MAKMUR
jika rakyat bertambah derita.
PM perlu lebih bijak dengan mengurus cara saintifik dan
berperancangan, bukan cara 'adhoc'. Rakyat merana melihat
PM yang tidak berwibawa.
Thursday, June 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
inilah masalah kita apabila mendapat pemimpin yang lemah..
Sebenarnya, kenaikan harga minyak ini adalah rentetan & sebahagian masalah yang berlaku di zaman Pak Lah.
Saya selaku ahli UMNO berasa amat malu di bawah kepimpinan Pak Lah.Perkara-perkara seperti :-
1.Kenaikan harga minyak melampau selepas jaminan berlaku pada Ogos ini.
2.Kekalahan Pulau Batu Puteh
3.Gambar tertidur sana sini
4.Gambar dengan Michelle Yeoh
5.Isu MB Terengganu
6.Perlantikan Zaid Ibrahim
7.Tiada rasa hormat pada Tun Dr.M
8.Kehilangan kuota yang banyak dalam JPA untuk anak Melayu
9.Kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 BN.
10.Serta pelbagai perkara lagi yang tidak tersenarai.
UMNO kini menjadi perlekehan ahli lawan & juga ahli komponen BN.
Sewaktu saya dulu Universiti dahulu, ketika ramai rakan-rakan saya menyokong Anwar Ibrahim & pembangkang, amat senang untuk berhujah dan menjelaskan rasional & tindakan Tun Dr.M.
Kini, apa yang mahu diperjelaskan. Pak Lah begitu naif sekali, membisu & sibuk dengan perasmian situ sana sini.
Peralihan kuasa dalam UMNO adalah wajib.. jika tidak malapetaka akan menimpa BN.
Saudara Bung Karno,
Mohon ulasan berkenaan Dr.Siti Hasmah. Di mana saya boleh baca ulasan penuh itu?
petikan dari ulasan saudara di blog saya
"Komen Tun Siti Hasmah bahwa Tun seorang yang 'geram' jika berhadapan dengan seorang yang 'blur' menceritakan perkembangan Paklah setakat ini.
I like your proposition: "Apa maknanya slogan SEJAHTERA, AMAN , MAKMUR jika rakyat bertambah derita.
menang boleh kita semua melihat keadaan yang semakin teruk dan seksa.
saya harap semuanya akan pulih :)
Jemput sertai forum bersama saya ;)
Layari
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Salam,
Teruskan perjuangan dan Selamat Hari Raya.
Post a Comment